Assalamalaikum dan salam sejahtera..
Harini saya nak share satu artikel yang diupload oleh rakan FB...moga ia bermanfaat untuk kehidupan kita di dunia dan di akhirat..insha Allah :)
Sesiapa
yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib
bertaubat dan beristiqfar kepada Allah swt. Dosa orang yang berburuk
sangka adalah besar dan perbuatan jahat, setiap perbuatan jahat Allah
akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah. Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip
atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah
kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah
larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat :
12)
**kita insan yang lemah, moga Allah beri kekuatan untuk menepis segala sifat mazmumah..
19 comments:
Mmg tak baikkan buruk sangka. Lebih baik fikirkan tentang diri sendiri dari fikir yg bukan2 ttg org lain.
Kadang kita memang lupa dan alpa dgn bisikan syaitan. Cepat kembali sedar dan utk bertaubat..
sy harap sgt.. sy bkn golongan mcm ni.. walaupun bukan mudah bersangka baik.. tp adalah baik jika kt x terlalu bersangka yg bukan²...
amin..
moga kita semua dijauhkan..
kdg2 ai mmg ada sifat mcm ni kak..selalu salah sangka..huhuhu
oh kak tiha..sungguh on-time entry mu ini. terima kasih banyak2 kak. saya mmg tengah bersedih, kecewa..tak sedap hati gara-gara sangkaan buruk org lain. dan..peringatan utk diri saya jugak.
tq sekali lagi..for sharing.
saya copy kat fb naa... :-)
Minta dijauhkn dr perangai yg buruk
aminnn .. semoga kita sentiasa berhati2 ..
TQ sharing tihara ..
Sentiasa berdoa agar dijauhi drp sifat buruk ini.Terkadang rasa marah dan tidak puas hati menyebabkan kita berprasangka buruk..
sebolehnya wajib kita hindarikan...
tapi tulahkan kak..sebagai manusia biasa, terkadang mcm tlupa...
adeee..je nak disangkakan...bila munasabah diri...baru sedar...
haishh...! harap lepas ni kena fikir baik2...
betul tuh akk.. kita kne selalu husnu zhon.. =)
xblh elak perasaan buruk sangka tp boleh dikawalkan...kena berprasangka yg baik2...:)
terima kasih kawan-kawan semua..kita sama-sama belajar.. :)
sentiasa bersangka baik...In Shaa ALLAH...
setuju dgn aisyah.semoga dipermudahkan
moga semuanya bermanfaat..
Mekasih atas peringatan kak. Tapi saya masih tak dapat nak hapuskan perasaan benci saya pada seseorang. Dan terlalu sukar juga utk saya maafkan perbuatan dia.
minta kita semua dijauhkan dr sifat buruk sangka ni
zaman skrg ni mcm susah nak caye org. tapi mungkin ade la hikmah bersangke baik ni kan.
Takmo la Buruk sangka camtu..tak Tenang hidup ni
Post a Comment