Join Nuffnang!

Iklan pilihan blog..jemput klik sini :)
 SET KESUBURAN SUAMI ISTERI  set kurus shaklee  energyzing soy protein  Set Menyusu  jadi ahli shaklee

Monday, May 21, 2012

Tanda-tanda amalan diterima Allah s.w.t

Assalamualaikum dan salam bahagia..


saya jumpa artikel tentang ni di website ini....http://www.darulnuman.com/

dekat website ni banyak buku-buku ilmiah terbitan syarikat ini..semuanya menarik dan dalam simpanan saya ada sebahagian buku dari terbitan syarikat ini, alhamdulillah ...banyak juga artikel menarik di dalam ini yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita..



_____________________________________________________________________

Soalan

Apakah tanda-tanda yang amal ibadah kita di terima oleh ALLAH SWT?


Jawapan

Begitu besar rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat manusia di dunia ini, sehingga tidak ada satu makhlukpun yang mampu menghitung besarnya rahmat Allah tersebut. Rahmat Allah yang luas itu diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya tidak kira kepada orang yang beriman ataupun kepada orang ingkar. Dalam beribadah kepada Allah seseorang akan merasakan nikmat kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah. Hati mereka menjadi tenteram bahkan segala kativiti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu apapun ganjaran yang diterimanya diterima dengan perasaan redha.
Jika perasaan redha dan sabar telah menyatu dalam kehidupan dan keperibadian seseorang maka ini suatu bukti bahawa amalan yang dilakukannya itu diterima oleh Allah. Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat mengerjakan ibadah,namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan mungkar dan terkutuk, sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati dan kehidupannya. ini membuktikan bahawa amalannya tidak diterima oleh Allah.

Contoh lain, umpamanya dalam ibadah solat dengan tegas Allah jelaskan "bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar". Namun dalam praktiknya ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama melakukan kemungkaran, ini suatu bukti bahawa tanda-tanda amalan solatnya tidak diterima oleh Allah. Kerana ibadah solatnya tidak memenuhi ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT tadi. Begitu juga dalam ibadah haji, jika seseorang setelah kembalinya daripada tanah suci memiliki keperibadian yang mulia dan berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik, ini membuktikan bahawa hajinya tergolong haji yang mabrur ertinya hajinya diterima oleh Allah. Tetapi ada juga sekembalinya dari tanah suci keperibdiannya lebih jahil daripada sebelumnya, ini membuktikan bahawa hajinya adalah haji mardud ertinya amalannya ditolak oleh Allah SWT.

Puncak dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram". (Ar ra'd ayat 28) Wallahu A'lam.



28 comments:

Munnafendy said...

hurmm...mnjadi persoalan utk saya...adakah ibadah sy diterima? =.=*

Tihara said...

Munna- Insya Allah, kita berusaha..Allah yang tentukan... :)

Qhaifa Nur said...

sentiasa berdoa moga segala apa yang saya lakukan diterima Allah....

mohamad shazni said...

kak..terima kasih atas perkongsian nie...baik untuk muhasabah balik diri ni..

Kakzakie said...

Berusaha menjadi yg terbaik dari hari yg telah kita tinggalkan... kakak paling takut bila bab kata amalan tidak diterima... bayangkan bila dihisab tiada amalan walhal telah membuat semuanya... sebab itu belajar selagi ada hayat...

izan mama mia said...

mmg risau...mg amalan kita diterima...

Rafflesia™ said...

insyaAllah...

gadisBunga said...

risau takut amalam dan ibadah kita tak diterima. semoga kite terus muhasabah diri..

Nazayiena said...

Harap semua amalan kita diterima Allah SWT.

Wanieys said...

moga-moga amalan kita semua diterima Allah S.W.T kan kak :)

Masya said...

oooo.... begitu rupanya... kene muhasabah balik diri ini...

norhidana said...

dlm setiap doa saya mohonkan semoga semua doa2 saya dimakbulkan.. juga moga amalan dana diterima...

Ujie said...

nyata..ibadahku blm sempurna!

NAL said...

Terima Kasih atas perkongsian. Memang kdg2 sbg manusia kita akan terfikir hal ni. apa2 pun doakan yg terbaik & semoga Allah memberkati :)

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,
semoga ibadah kita diterimanya. Akak berharap akak dpt haji mabrur!

eqa sulaika said...

ini ialah pengtahuan yg bguna

IntaNBerliaN said...

info yg bagus ni.. tu la, kita sndiri pun xtau ianya diterima or x

Tihara said...

Insya Allah, moga amalan dan iman kita semakin bertambah..amin :)

eita said...

sangat takut kalau apa yang kita buat tidak diterima...

shahdiana said...

harapnya semua amalan kita diterima Allah & berusaha supaya sentiasa diterima disisi Allah

fieda said...

muhasabah diri..terima kasih perkongsian ini..

L said...

hm. solat masih xsempurna la kalau g2... takutnye..=(

CaDLyNN said...

semoga kite dalam golongan yg diterima amalan oleh Allah...

Saya Disini said...

bahan bacaan menarik ni kak..tq2

Zie said...

mudahan dengan kikhlasan kita .. Insyallah amalan diterimaNya..

9n0L4 said...

kdg² Allah bagi cash je kat dunie ni, atas kite sedar atau tak kan.

Acik Erna said...

terima kasih tihara..suka baca ni..mudaha2an amalan kita diterima

SHAHZEE said...

bagusnya artikel ni kak..mudah2an ibadah sy diterima ALLAH..

Nuffnang!