Iklan pilihan blog..jemput klik sini :)
 SET KESUBURAN SUAMI ISTERI  set kurus shaklee  set bajet shaklee  pengiklanan  pengiklanan

Tuesday, May 31, 2011

NASI GORENG AYAM TANDOORI..







Bunyi macam best je..tandoori..
nasik ayam kat tempat aku..
ayam dia kaler merah..sebab tu aku panggil
tandoori..
boleh order, nak nasik ayam or nasik goreng ayam..
aku suke nasik goreng ayam sebab kalau
nasik ayam..semangkuk je nasik dia..
kalau nasik goreng..melimpah..
he3


Sunday, May 29, 2011

CENDOL??





Cendol ke air kelapa ni?
sebab santan mahal, air cendol dah tak real lagi..
bedal je la bedahh..



Saturday, May 28, 2011

Surah penawar





Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah  dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu  dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang  dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya
Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan  Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika  menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi  dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu.Sebar2kan kepada kekawan, terima
kasih.

" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "   
"kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"


 

Thursday, May 26, 2011

Pecal..


korang pernah makan pecal dak?
kat belah Kelantan ni memang tak pernah lagi
jumpa orang jual pecal ni..
sebab ini makanan orang Jawa..

suka jugak pecal ni..
mula mencuba sejak diberi oleh seorang jiran
orang Jawa..
lama juga tak merasa, tapi baru-baru ni
ada abang jual ikan tu,
bawak kuah pecal dalam peket..
cuma tambah air panas je..
kuah dia macam kuah sate
tapi ada resepi tersendiri la kot..

pastu celur pucuk ubi,kacang panjang,
toge,hiris timun,goreng tauhu,rebus nasi impit..
makan dengan kuah ni..
sedap dan berkhasiat..



sayur2 yang dicelur dan timun..



Tauhu yang digoreng dan dihiris..



Kuah pecal segera :)



Wednesday, May 25, 2011

Berbahagia lah..



Umur dunia ini sangat pendek..
gudang kenikmatannya sangat miskin..
Akhirat lebih baik dan kekal..
Barangsiapa di dunia mendapat
musibah dan kekurangan...
ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak..

Barangsiapa hidup sengsara di dunia,
ia akan hidup berbahagia di akhirat dengan syarat ,
dia redha dengan ujian Allah itu..



Tuesday, May 24, 2011

crochet-flower deco


Crochet yang adaik hasilkan..
dah jadi milik ku pada hari
ulangtahun yang lalu..
siap ada bunga tulip kat situ..suka sangat..
dapat inspirasi baru..
nak try buat yang macam ni :)





Monday, May 23, 2011

coklat yang comel jer..


comel kan cokelat ni..
disebabkan adik teruja sangat dapat
souveneir cokelat ni..dia pun terus mms..
sayang akak tak dapat rasa..
siap ada pic cincin perkahwinan..
memang sweet jer kan :)




blur kan pic ni tapi still nampak cincin tu kan..

Saturday, May 21, 2011

Suara Alam..


memecah keheningan pagi..
kicauan unggas menyanyikan lagu riang..
penghuni kolam mendendangkan
irama tersendiri..

terleka hingga kaki ku terluka,
gigitan parasit kecil
melekap erat di kulit ku..

ikatan yang erat antara
kita dan Dia Maha Pencipta...






Thursday, May 19, 2011

Frust itu sangat menyakitkan..



Sangat sedih sebab tak dapat nak blogwalking macam selalu..
problem curi kabel masih tak setel..
frust giler..
aku sayang sangat dengan line stremyx ni..
sebab laju giler...tapi ade plak org giler takde hati perut..
suka2 hati je cilok kabel..
mongok and mengom..geram nyer..kalu aku dapat budak tu..
grrrrr...biol betol..




Dari hati yang tulus..



bantu lah seikhlas hati..
dan jangan biarkan ia menjadi sia-sia belaka..





Wednesday, May 18, 2011

Bijak membahagikan masa..



Tak dinafikan..kadang-kadang kita rasa
addict dengan blog..
namun, jangan sampai tersekat
aktiviti harian..

sambil mengemas rumah pun leh
berbogwalking sebenar nya..
pandai-pandai lah mengolah masa..jangan masa mengolah kita..

pandai-pandai lah menyambil
buat kerja-kerja lain..
kerana kualiti masa sangat penting..
ingat tu

;)



Tuesday, May 17, 2011

wafer strawberry..



semalam layan coklat boost
yang agak mewah harganya..setanding dengan
kombinasi coklatnya..

yang murah ni pun tak kurang hebatnya..
sebab aku penggemar rasa stroberi
:)





Monday, May 16, 2011

Chocolate kegemaran blogger itu..






Dipengaruhi oleh blogger Ardinihumaira
selain daripada  cocopie..

tak pasal2 je kena tuduh..

:)





Sedap!!




sedap betul layan kacang campur2 ni..
ada macademia, badam, cashew,kacang tanah,..
berbaloi dengan harga RM5.20..
kenapa tak RM2.50?
hmm..




 
kacang-kacang yang
telah berada di dalam usus
:)


 

Sunday, May 15, 2011

Sup sayur.. jangan alergik


Sup sayur yang simple...

sesetengah orang, dengar je lauk sayur..
dah alergik..
padahal sayur lah yang paling baik untuk
sistem penghadaman..

walaupun si tukang taip ni
dulu tak suka makan sayur..namun sejak dah kumpul
info pasal tumbuh-tumbuhan..
ada lah sedikit kesedaran untuk
menjamah sayur-sayuran ni..

sedikit je ke..??


 

Friday, May 13, 2011

Bila pagi ditemani..


kokocrunch..
roti canai, nasi lemak,nasi kerabu,
nasi berlauk, pau goreng..



ramai nya peneman..
melampau tu..

Thursday, May 12, 2011

Minuman yogurt







Banyak kebaikan
minum air yogurt ni..
wanita digalakkan minum air yogurt..
selain mebantu sistem penghadaman,
ia juga baik untuk mencegah
masalah keputihan..



Wednesday, May 11, 2011

Crochet oh crochet..



Crochet bag yang hari tu..
akibat nak buat serentak..semua jadi terbengkalai..
buat benda ni kena sabar..
dah start line color pink :)



Tuesday, May 10, 2011

Saturday, May 07, 2011

Free gift itu..



Dapat benda free memang best..
banyak pulak tu..biasanya free gift sikit je..
cantik kan kotak ni..
sebenar nya, ini kotak dodol..
tak silap ada nangka kering dalam dodol tu..
sedap sungguh..




Pastu ada biskut cip coklat kacang..
pun sedap..



Friday, May 06, 2011

Selamat Hari Ibu 2011 !

Selamat hari ibu untuk semua yang bergelar ibu.teristimewa buat ibu ku.semuga sembuh sepenuhnya.I bu..engkaulah sumber inspirasi dan tunggak keluarga.

Thursday, May 05, 2011

Curi kabel..

Geram betul,takleh o9 mcm biasa.kalu tak aku lah hardcore duk bertenet.takde keje lain ke derang ni,duk curi kabel,rentung baru tau.
dalam pada panas hati tiba2 sejuk jap sbb dpt gift dari Ardinihumaira.tq dni ;-).

Tips Diet 3



Makan dengan kerap tetapi dengan
kuantiti yang sedikit..
dengan ini menghalang anda
dari terasa lapar
dan mengambil makanan yang berlebihan..

Tuesday, May 03, 2011

Keropok bantal..


masa kecik-kecik dulu..
aku suka beli keropok bantal ni..dulu sepeket 20 sen je..
sekarang dapat yang 1.50 pun mujur sangat..






Monday, May 02, 2011

Sematkan rasa bahagia itu..



petang tadi aku habiskan masa di Bayu Lenang..
sebuah restoran yang sebahagiannya
 terapung di dalam tasik..
bersaksikan gua-gua indah
di belakang nya..


makanan nya dari bahan-bahan yang fresh..
memang berbaloi..
sesiapa yang biasa menggunakan laluan Gua Musang..
baik cuba makanan kat sini..

tiba-tiba aku segan nak snap pic :)

dalam pada leka menikmati
keenakan makanan dan panorama di tepi tasik..
Aku ingin mengingatkan diri sendiri..
supaya sentiasa bersyukur
atas nikmat yang Tuhan berikan..
lumrah manusia biasa..mudah alpa..

walaupun dalam hati ada kedukaan
yang terpalit..
ku cuba sematkan sedikit kebahagiaan..
kerana hati yang tenang..
membuatkan diri jadi lebih tabah..
Insya Allah :)




Aku dan dia...




 
Suatu petang..sedang aku bersantai..
tiba-tiba datang satu makhluk berwarna hitam..
gerun nya..
wajah nya muram..tiba-tiba je terkam
kaki aku..

rupa-rupanya Chitam..yang kian terabai..
aku ingatkan dia dah lari dari rumah..
namun dia masih setia di sini..
kesian dia..









Sunday, May 01, 2011