Join Nuffnang!

Iklan pilihan blog..jemput klik sini :)
 PELUANG JADI AGEN DROPSHIP PRODUK SEPERTI EPHYRA,D'HERBS DLL LAGI  pengiklanan  pengiklanan  pengiklanan  pengiklanan

Thursday, October 27, 2011

Malaikat Hafazah- malaikat penjaga kita

         Semalam, aku ada tengok rancangan  Madrasah Al-Quran di Tv Al-Hijrah..aku rasa nak kongsi kat sini tentang topik menarik ni..Ada perbincangan tentang kisah malaikat Hafazah iaitu malaikat penjaga manusia.. ustat tu kata, malaikat ni sentiasa jaga kita yang hidup ini..sebab tu kalau kita tidur tak ada lalat atau semut hurung kita..kecuali kalau kita mati dah jadi mayat..jika dibiarkan, akan datang lalat,semut dan ulat yang akan mengerumuni tubuh badan kita..ustat tu kisahkan lagi tentang Kiraman Katibin iaitu malaikat Raqib dan Atid, ketua bagi malaikat pencatat amal manusia..

Ustat tu mengupas ayat dalam surah ini:

Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu)", "Yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu). (Al Infithaar 10 - 11)


Dalam riwayat yang lain dijelaskan, terdapat lima malaikat yang menyertai manusia, iaitu:
  • Dua malaikat menjaga pada malam hari,
  • Dua malaikat menjaga pada siang hari, dan
  • Satu malaikat yang tidak pernah berpisah dengannya.
Hal tersebut dijelaskan dengan firman Allah yang artinya:



Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang bergantian (menjaganya), dimuka dan dibelakangnya." (Qs. Ar-Ra'd: 11)

Syukur alhamdulillah kita sebenarnya sentiasa di bawah lindungan- Nya ...namun kadang-kadang kita kurang sedar..

"Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya….."

**Sekadar perkongsian dari ku insan yang lemah...

6 comments:

Qhaifa Nur said...

berdoa agar catitan yang dibuat oleh mereka akan membantu diri kita disana..

Tihara said...

qhaifa- betul tu, bila dengar ceramah pasal ni rasa seram sejuk je..pastu lama sket, terleka sekejap..sama2 lah kita mengingatkan ye :)

fieda said...

sama2 lah kita berpesan pesanan..tq

eita said...

tima kasih atas ingatan ni...
kadang2 tu kita ni cepat sangat lupa kan...
moga catatan bertambah baik kan..insya allah..

Tihara said...

eita- insya allh, semuga kita sentiasa diberi hidayah dan dipelihara..aminn

SyUhAdA said...

thanks kongsi..syu bru tau..

Nuffnang!