Sepatutnya en3 ini diletakkan di blog yang satu lagi..tapi saya nak letak kat sini juga..
Suatu ketika dahulu,saya terbaca novel ini secara tak sengaja..sebab saya bukanlah peminat novel yang tegar. Setelah dibaca dari helaian pertama dan seterusnya,saya rasa amat kagum dengan bahasa yang digunakan dalam novel ini..ianya hasil terjemahan dari novel asing.. watak utama dalam novel ini adalah Magdalena dan Steven tak silap saya..
kisahnya mengenai Steven seorang pemuzik yang menyewa bilik di sebuah bangunan milik seorang lelaki yang memiliki seorang anak gadis yang rupawan bernama Magdalena. Steven lalu jatuh hati pada Magdalena..Cinta mereka penuh dengan rintangan lantaran kebencian ayahanda Magdalena terhadap diri Steven yang miskin..Peribadi Steven yang sering berkorban demi sahabat-sahabatnya memakan diri nya sendiri..apabila Magdalena dirampas oleh teman baiknya sendiri lantaran steven yang hidup serba kekurangan. Magdalena memilih teman baiknya kerana kekayaan lelaki itu.namun sebaliknya lelaki itu kuat berfoya-foya..
Selepas peristiwa itu,hidup Steven terumbang-ambing, sebuah keluaraga nelayan melayannya seperti anak sendiri..Magdalena berkahwin dengan sahabatnya itu hingga dikurniakan seorang anak perempuan..Steven terus dengan berkarya sehingga dia menjadi semakin popular dan kaya-raya..sehingga suatu ketika dia terdengar berita kematian sahabatnya itu..ternyata sahabatnya itu telah membunuh diri kerana dikekang degan hutang judi yang menimbun
..Magdalena ingin kembali kepada Steven tetapi dia menolak kerana api kemarahan masih membara dalam dirinya..Magdalena membunuh diri kerana kecewa,Steven telah cuba menyelamatkannya dari mati lemas ternyata dia terlambat..Dia menemukan sepucuk surat dari Magdalena,memohon supaya membesarkan anak perempuannya..Hiduplah Steven dengan anak Magdalena dan dia memberi pilihan kepada anak itu supaya berkahwin dengan sesiapa jua yang diinginkan,dia tidak mahu anak itu menjadi sepertinya setelah merana kerana cinta..anak perempuan itu memilih untuk berkahwin dengan anak dari keluarga nelayan itu..
Ringkasan ini tidak seindah bahasa dalam novel terjemahan itu..kerana bahasa yang digunakan sangat memberi kesan, misalnya, kalau tak silap saya ada sebaris ayat" Apabila mentari melengkapkan pakaiannya di ufuk timur"..ada tak sesiapa yang pernah baca novel ini?