Kliks 2

My Lovely Followers

Wednesday, January 6, 2010

Website Outloook

Mende la website outlook ni..
secara tidak sengaja aku terjumpa akan ianya..
aku pun tidak tahu,samada ia berguna atau sebaliknya,
sengaja untuk suka-suka  
tapi kalau kamu semua ingin tahu nilai blog kamu
boleh lah jenguk sekejap di sini
agak terkejut dan teruja tatkala ku melihat
nilai Facebook website
wahhhh!




Sekian,terima kasih.




Tuesday, January 5, 2010

Communicate Dengan Alam

Bak kata lady..
i wonder why orang kata sepi itu indah but
i ve got the answer.. 
kadang dalam crowded kita boleh rasa tersisih 
dan terpinggir...
tapi dalam kesunyian kita boleh communicate dengan alam..



Air mata ku yang mahal pernah tertumpah 
ke dalam sungai yang mengalir deras ini..
dan keesokannya air sungai pun naik..
bukan sebab air mata aku laa,
sebab hujan lebat sangat..

hebat tentang sungai di Lipis ni..
kalau rajin boleh jumpa emas.
bukan emas bijih yang orang melepas tu laa..
ini,memang betul-betul emas..
sekali aku terjumpa emas sejongkong..
agak berbaloi  komunikasi aku dengan alam..
siapa tahu..

hua hua

Sekian. terima kasih..Sila datang lagi













 




Monday, January 4, 2010

Rama-rama misteri



Suatu malam,
diiringi salakan anjing yang menakutkan,
telah aku menyepikan diri di kamarku,
terpegun sejenak diri ini tatkala melihat sepasang kepak berwarna kuning,
dan seperti ada sepasang mata memandang tepat ke arah ku,
aku pun ambil le gambo merakamkan aksi si rama-rama,
ia diam terpaku seolah-olah tahu akan niatku,
cantik tak warna rama-rama ni? 
seraya itu bunyi telefon berdering-dering,
 lantas aku bergegas menyambut panggilan,
panggilan kosong..
aku menerpa ke kamarku dan kepingin melihat rama-rama tadi..
hampa..telah hilang begitu sahaja..
rama-rama ke ape sebenar nya?..seram-seram
deringan telefon..siapa yang panggil..lagi la seram..





credit to cadar kusam..





Sekian,terima kasih

Friday, January 1, 2010

Hari Keluarga Di Kuala Juram,Taman Negara Pahang..

Semasa menulis catatan ini..31/12/2009 bersamaan hari khamis,

masih terngiang-ngiang suara budak-budak yang aku bawa
berjalan-jalan sambil menghirup angin yang banyak
dan segar di Kuala Juram sebentar tadi.


Sebelum ini kami menjelajah Sungai Yu.
Memang banyak betul sungai
Kalau tak,masakan wujud sebuah lagu
Kuala Juram merupakan rintis jalan pertama 
untuk pendakian ke Gunung Tahan.
Tengok lah jalan nya yang agak berliku,
membuatkan kepala ku pusing-pusing.
 Itu, kak ta bertudung hijau
sedang pusing kepala nya..

kami pergi dengan dibelanja oleh dua orang

hamba Allah yang murah hati lagi murah senyumannya..syukur
kalau ikutkan bayaran RM24 satu ekor kepala.
kami ni ber-13 orang.
sangat save budget pada hari itu.






Syukur..dah sampai dengan jayanya
walaupun kepala pusing-pusing macam gasing.
naik pick up ni lebih kurang macam naik roller coaster.
Dengan kelajuan 70 km sejam pun,boleh melayang tudung kepala.

mula-mula pergi solat zohor dulu.
lupa pulak nak snap gambar surau.
tempat ni lengkap serba serbi
cuma kurang terpelihara sedikit sahaja.
kebersihan sangat baik

 




 engkorang pernah tak makan ikan kelah
aku pernah lah makan sekali dua sejak kawen dengan hubby.

ikan ni memang payah nak dapat.
ikan ni boleh kata sama level dengan ikan salmon.
harga sekilogram ikan kelah boleh mencecah RM80!

geram rasa nak tangkap ikan kelah ni dan 
memanggang akan ianya
tetapi banyak cctv dipasang di sini!
 Ia dikawal di bawah sanctuary Kelah.
Jangan main-main.
Kelah kat sini sangat lah jinak,
sempat juga ia mematuk kaki ku ini,
jinak mungkin sebab ramai sangat pelancong memanjakan dirinya
dengan memberi makanan yang banyak.





Selepas bersiram
perut pun rasa lapar tapi kepala pusing
santap jugak lah apa yang ada.
boleh tahan,bawa nasi lauk gulai lemak pucuk paku,
ayam goreng berempah,frenc fries,nugget dan minuman sejuk

 


snap gambar signboard ni,
tak tahan lah,hubby suka sangat interframe.
biasanya dia tak suka bergambar.
maybe dia bangga sebab signboard tu dia yang
pasang sekitar tahun 2001 bersama-sama teman rintis beliau dulu.



Jambatan gantung ni lah pintu masuk
untuk mendaki gunung.
 





 

Aku suka air dari gunung ni,
ia sentiasa keluar dari salur itu,
sangat  jernih dan sejuk,
Perjalanan pulang pun bermula tetapi ada lagi satu tempat kalau
tak pergi, memang tak sah.





Ini lah dia tempatnya
Menara Tinjau atau Menara Bukit Seraya,
rupa-rupanya Seraya tu nama pokok,
tinngi juga,gayat dan berdebar semasa nak naik ke atas tu,
sebab bawah tu nampak jurang,
kat atas nampak lagi tinggi,Gunung Tahan.
mujur lah aku panjat juga,
kalau tak rugi sangat!




 cantik kan views Gunung Tahan,

memang hepi sangat masa ni,
tapi aku pening lah masa tengok pokok guna teropong tu.
Teropong ni gunanya untuk teropong burung awek bunian

 


 Notice board tu masa kat bawah menara,

punya lah suka sangat dapat pergi
mengembara walaupun sekejap aje.
Aku dah lama mengidam nak panjat Gunung Tahan.

Itu lah serba sebanyak tentang perjalanan kami
untuk penutup tahun 2009.

Selamat Tahun Baru Semua

Sekian, terima kasih

** credit to pakteh lan
 


 









Thursday, December 31, 2009

Dalam Locker?

Dalam keadaan ku yang termanggu sendirian..teringat pula kisah lama aku semasa di IPTA di negeri Terengganu dulu. Tempat 'study' aku dulu lebih seronok dari UPM Serdang sebab dekat dengan pantai. Ia berhampiran dengan perkampungan nelayan iaitu Kg.Mengabang Telipot. Makanan di sana lebih murah dan sedap. 


Kat sini lah aku mula kenal kawan-kawan baru.Inilah pengalaman pertama aku duduk di asrama. Bilik kami lebih kurang macam chalet lah. Kebanyakan kawan-kawan baru,  datang dari negeri Kelantan. 

Lepas tu,adalah sorang kawan dari Klang, aku namakan dia Ila. Dia sangatlah 'stress' sebab tak faham lansung bahasa kelantan.Aku pun ajar lah serba sedikit,padahal aku pun 2x5 jugak dengan dia ni. Satu hari ada perselisihan faham antara Ila dengan seorang kawan kami.

Paling menggemparkan, Ila menghilangkan diri. Kelam kabut kami semua mencarinya. Kami berpecah kepada 3 kumpulan. Kumpulan aku kena cari Ila kat pantai. Sehari suntuk kami khatam kawasan pantai dan kampung-kampung berdekatan tapi lansung tak nampak kelibat Ila.


Kumpulan ke-2 ada tiga orang,kena cari di sekeliling IPTA..pun tak jumpa juga.. Kumpulan ke-3 berdua, diorang ni pandai-pandai je pinjam motosikal budak laki sebab nak cari Ila kat luar IPTA. Setelah berjam-jam cari Ila,kami semua pun dah letih lalu pulang ke bilik. Hari pun hampir senja, kami harap Ila akan pulang sambil susah hati pada dua orang kawan yang bermotosikal itu. Tak lama kemudian kawan yang bermotosikal tadi pulang dengan girangnya,kami pun seronoklah sebab ingatkan dah jumpa Ila. Rupa-rupanya mereka berdua telah bersukaria  membeli-belah di pasar malam kat Wakaf Tengah..geram betul..

Jam menunjukkan pukul 9.00 malam..setelah berbincang kami sepakat mahu buat laporan polis malam itu juga, kerana dia telah hilang selama 12 jam..tiba-tiba aku terdengar semacam bunyi orang menangis,naik seram pulak.. kami semua mencari-cari dari mana arah suara itu datang..sehinggalah seorang kawan membuka locker Ila lalu terjengul lah kepala Ila dengan wajah ketakutan setelah terdengar perbincangan kami tadi barangkali...berderailah hilai tawa memecah kebuntuan kami selama ini.


Kejadian itu telah menambahkan lagi keakraban kami semua walaupun datang dari negeri yang berlainan. Di situ lah aku mula makan budu bersama pucuk ketereh.Di situ lah aku mule makan singgang daging hasil masakan dari ibu seorang teman dari Kota Bharu.


Syiokk!!
 

Di situlah aku mula ketagih minum air gelas 'besor' dekat Seberang Takir. 





Rindunya  saat-saat menikmati ketagihan air durian belanda


** macam mana Ila boleh bertahan dalam locker selama 12 jam eks? boleh masuk Malaysia World Record tak..9.00 pagi hingga 9.00 malam..wuishh


** credit to juriahhjyunus.fotopages.com dan gerektua.wordpress.com



Sekian,terima kasih



Wednesday, December 30, 2009

Tips mengatasi kesepian






Views yang luas terbentang

 
Aku percaya..di kalangan kita semua pasti merasai detik-detik indah kesepian dalam hidup ni. Bagaimana nak menghadapi situasi ini? Di sini adalah sedikit tips yang mungkin secara tak sedari kita telah pun mempraktikkannya.


1) Hadapilah kesepian itu..

Bagaimana nak hadapi?..carilah teman..teman tidak spesifik pada manusia saje..maybe kucing..kadang-kadang kucing lebih memahami dari manusia kita perlu juga bergaul dengan orang lain supaya kekosongan hati terisi dan kesedihan dilupai...

2) Kenali kekuatan anda

Apa kekuatan anda?.. kekuatan itu terletak pada diri anda juga..kekuatan yang membuatkan anda terus bertahan meneruskan kehidupan..bagaimana anda boleh terus hidup sampai hari ini walaupun anda dicengkam kesepian? Semuanya hasil dari kekuatan rohani.

3) Akui dengan jujur dan hadapi dengan berani segala kekurangan dan kelemahan anda.

Terimalah diri kita seadanya..tiada manusia yang sempurna..jujur lah pada diri tentang kelemahan dan kekurangan diri kerana inilah sumber kekuatan untuk mengatasi rasa sepi.

4) Cara anda berhubungan dengan orang lain dan kembangkan

Kembangkanlah hubungan sosial anda dengan orang lain seperti menyertai persatuan, kursus dll.Mudah menerima orang lain sebagai sahabat.




p/s  sebenornye di saat ini aku telah dicengkam kesepian...aku pun terpikir bagaimana orang lain menghadapinya?...time aku busy tader lah jadi cemni.. sepi itu indah

Sekian, terima kasih.

** credit to tipiro

Tuesday, December 29, 2009

Dan Sebenarnya....




Inilah dia peristiwa yang tak dapat aku lupakan..
 memanglah aku tak dapat lupakan hari bersejarah bagi 
anakanda buah ku ini (ade ke istilah ni?)  
tetapi aku dengan paksa relanya telah dilantik menjadi pengapit penyepit.
Jawatan yang biasa disandang oleh anak-anak dara nan manis,
ramai juga yang menjeling sebab naik menyampah,
Namun kutelan jua demi anakanda buah tercinta,
Dan sebenarnya..hanya satu harapanku
agar majlis berjalan lancar
dan kedua mempelai bahagia 
selamanya.








Temuduga jawatan kosong- sila tarik nafas dalam-dalam





   

Temuduga Sebagai : Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.



TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal,
yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di
dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara
(terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada
saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu
seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau
masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya,
puasanya diletakkan disebelah kanannya,
zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan
amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,
perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya."
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala,
maka solat itu berkata kepada malaikat :
Dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan,
maka puasa berkata kepadanya : Dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri,
maka zakat berkata kepadanya : Dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan
berkatalah amal-kebajikan : Di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu.
Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah
mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu :
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad)
yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana
penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu :
Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.
Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan
mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu
apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang
seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa
bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya?
Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W
dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah
pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada
Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu :
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu
dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan
semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya
satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu
dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.
Maka bertambahlah gembira mayat itu.
Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya
".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini. 



Sekian,terima kasih

Monday, December 28, 2009

Perkahwinan Hanna



Bertarikh 26/12/2009 pada hari sabtu.
Hari yang sangat meletihkan buat diriku ini.
Namun demi anak buah tercinta,aku gagahi jua.
Hari itu,aku jadi pilot sekejap sebab kena hantar Hanna
tepat pada masa. Waktu pernikahan jam 5.00 petang,memang kena rush gila-gila.
Mujurlah ada bestfriend Hanna menemani.Dia agresif juga.
Sambil-sambil tu kena cari barang-barang keperluan lain untuk majlis berinai dan persandingan.
Alhamdulillah syukur ke hadrat-Nya
Segala persiapan rapi menepati tema majlis.
Banyak lagi gambar-gambar kenangan tapi malas lah nak upload sebab aku jadi pengapit pengantin
malu siott.
Apa-apa pun semuanya demi Siti Hanna Natasya.


Sunday, December 27, 2009

Satu Ketika Bersama Chow Sing Chi aka Stephen Chow






Awal tahun 2000 dulu..aku memang minat gila sungguh  tengok movie Stephen Chow ni...tapi kawan-kawan aku yang lain takde lak berkongsi minat yang same dengan aku..stress betul..bile aku tanya diorang penah tengok tak lawyer lawyer, king of cookery, god of gambler???..arhh banyak lagi laa..diorang terpinga-pinga je..tension laa aku..

last2 aku jumpe gak kawan yang boleh tukar-tukar cerita pasal movie ni iaitu my husband..tak sangka..mula-mula kawen dulu kitorang bertungkus lumus mengumpul koleksi dvd stephen chow ni.. pastu tak jemu-jemu tengok movie die sampai la ke hari ni..

Selain dari chinese movie..aku pun suke gak tengok chinese nye drama..especially  drama yang pelakon nya berkepala botak siap ade tocang tu heheh..memang confirm best sebab drama diorang yang jenis modern ni tak best sangat,lebih kurang macam drama melayu jugak la (I'm sorry)..kalau adegan si kepala botak bertocang ni, mesti keluar scene fight dengan pedang,scene terbang dengan keluar api bagai..syok betui... semangat. gile




p/s   Menarik tentang movie stephen chow ni adalah pelakon-pelakon wanita nya terdiri dari

 aktres Hong Kong yang femes seperti Gong Li,Vicky Zao,Karen Mok.Watak2 yang diberi
 kat diorang ni semua yang membunuh karektor diorang yang lawa tu..tak caye, cube
 tengok Vicky jadi penjual pau yang comot dan dihurung lalat dalam Shaolin Soccer.


p/s  the latest  drama yang aku tengok is Chinese Paladin..tapi sayang,aku miss ending nya..
 



Sekian, terima kasih